...

1. DILAKUKAN OLEH DOKTOR GIGI BERTAULIAH
Pastikan anda menerima konsultasi dan rawatan oleh doktor gigi atau pakar ortodontik, bukan yang belajar melalui ‘Youtube’ dan ‘Google’ semata-mata!

2. DIBUAT DI KLINIK GIGI BERDAFTAR
Rawatan braces adalah dilakukan di dalam klinik gigi berdaftar, bukan di salun kecantikan atau di rumah anda

3. PEMERIKSAAN DILAKUKAN SEBELUM PEMASANGAN
Beberapa jenis pemeriksaan secara teliti dilakukan sebelum pemasangan braces seperti x-ray, pengambilan acuan untuk ‘study model’, dan rekod fotografi. Setelah itu, pesakit akan diterangkan tentang proses rawatan.

4. PERALATAN DAN PERSEKITARAN DIINFEKSI DENGAN BAIK
Bahan, peralatan serta persekitaran klinik adalah dibersihkan dan diinfeksi secara teliti untuk pastikan risiko jangkitan berkurang.

5. TEMUJANJI UNTUK SUSULAN
Tidak seperti braces tiruan, doktor gigi akan memastikan braces dalam keadaan yang baik dari semasa ke semasa.
Pastikan yang ori, baru pergi! Khas dari Klinik Pergigian Hazlina ????

 

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.