...

Keadaan ini dinamakan ‘median diastema’, dan ianya bukan lah sesuatu yang jarang berlaku.
Terdapat pelbagai cara untuk menutup ruang di antara gigi tersebut, antaranya:
1. TAMPALAN KOMPOSIT
Ia adalah antara pilihan rawatan yang mudah dan kurang kompleks berbanding rawatan yang lain.
2. VENEER GIGI
Ianya dilakukan dengan membuang permukaan gigi di hadapan, kemudian bahan tampalan seperti komposit dan porcelain disimen pada permukaan gigi hadapan tersebut.
3. SARUNG GIGI (CROWN)
Pembuatan sarung gigi memerlukan lebih struktur gigi untuk dibuang. Gigi akan dikecilkan dan diambil acuan terlebih dahulu. Kemudian, gigi sarung atau crown gigi akan disimen di atas gigi tersebut.
4. RAWATAN ORTODONTIK
Rawatan seperti pemakaian braces boleh menggerakkan gigi depan untuk menutup ruang tersebut.
Setiap rawatan mempunyai kesesuaian, kelebihan dan kekurangan masing-masing. Pastikan anda mendapat konsultasi secukupnya!

Seraphinite AcceleratorOptimized by Seraphinite Accelerator
Turns on site high speed to be attractive for people and search engines.